KESIMPULAN





Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor dan halangan dalam pembentukan dan penubuhan negara Malaysia. Oleh sebab itu, kita sebagai masyarakat Malaysia haruslah menghargai pengorbanan orang-orang terdahulu yang bersusah payah dalam mendapatkan kemerdekaan dan membentuk sebuah negara yang makmur sehingga kini. Walaupun Malaysia diduduki oleh pelbagai kaum, bangsa, etnik dan agama kita tetap boleh mengekalkan perpaduan berbilang kaum ini sehingga sekarang. Ini membuktikan bahawa tidak sia-sia pengorbanan Tunku Abdul Rahman dalam memberi idea dan menubuhkan Malaysia dengan melibatkan beberapa wilayah yang lain. Akhir sekali, kita mestilah menjaga keamanan yang telah dicapai ini dengan sebaik mungkin agar perpaduan ini terus terikat sehingga ke generasi yang akan datang.

No comments:

Post a Comment