PENDAHULUAN

Pada 27 Mei 1961, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman telah mengeluarkan idea untuk menubuhkan sebuah negara yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayah jajahan British iaitu Singapura, Borneo Utara (Sabah),Sarawak dan Brunei. Penggabungan atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei pernah dicadangkan oleh pihak British pada tahun 1887. Tetapi cadangan British ini tidak mendapat sokongan kerana tujuan British itu semata-mata untuk menjaga kepentingannya di kawasan rantau. Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa penubuhan Malaysia ini akan mengeratkan kerjasama politik dan ekonomi di antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.

No comments:

Post a Comment