LATAR BELAKANG PENUBUHAN MALAYSIA

1.1 LATAR BELAKANG PENUBUHAN MALAYSIA

Idea pembentukan malaysia tercetus pada 27 mei 1961 
melalui ucapan yang dibuat oleh perdana menteri
persekutuan tanah melayu ,Tunku Abdul Rahman di Hotel
Adelphi,singapura semasa majlis makan tengah hari .
Tunku Abdul Rahman 
melahirkan idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan 
ekonomi dan politik yang melibatkan persekutuan tanah
melayu dengan wilayah jajahan British iaitu Singapura,Brunei,Sabah dan Sarawak.

Idea ini dilahirkan atas kesedaran bahawa Tanah Melayu 
dan wilayah-wilayah terbabit untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dalam menjayakan pembentukkan gagasan politik 
baru di Asia Tenggara.Usaha pembentukan malaysia telah
menarik perhatian wartawan-wartawan yang hadir dan menimbulkan pelbagai reaksi positif dan
negatif di Asia Tenggara terutama di wilayah-wilayah terbabit.Banyak pihak mendakwa bahawa idea 
pembentukan malaysia oleh Tunku Abdul Rahman ini adalahsecara tergesa-gesa dan mengejutkan tanpa membuat sebarang persediaan awal.Dakwaan ini sewajarnya disangkal kerana sebelum ini Tunku Abdul Rahman telah mengadakan beberapa pertemuan bersama beberapa tokoh yang berkaitan dengan wilayah-wilayah terbabit.
Pertemuan Tunku Abdul Rahman dengan
Lee Kuan Yew di Singapura pada bulan Januari 1961 
manakala dengan senu Abdul Rahman semasa beliau di 
Sabah,Sarawak dan Brunei pada tahun 1960.Pertemuan 
beliau dengan Perdana menteri british,Harold Macmilla pada 1961 di London.Ini membuktikn usul penggabungan wilayah-wilayah terbabit diutarakan lebih jelas,penuh komitmen dan 
berpandangan jauh.

Pada tahun 1887 Lored Brassy iaitu Pengarah
Syarikat Borneo utara menyuarakan pandangan 
agar kerajaan British menggabungkan negeri-negeri 
melayu dan negeri-negeri selat.Namun cadangan ini ditolak.
Kemudian pada 1948 Pesuruhjaya Besar British,Malcom 
Mac Donald mencadangkan Sarawak,Sabah,Brunei,
Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
Cadangan ini juga pernah dilahirkan oleh Mohd.Ghazali
Shafie pada tahun 1954 namun cadangan ini sekali lagi 
tidak dilaksanakan.
Pada tahun 1956 Dato Onn bin Jaafar telah mencadangkan 
persekutuan tanah melayu yang merdeka dinamakan 
Malaysia menurut beliau British akan menggabungkan 
juga Sarawak, Sabah, Brunei dan 
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Idea gabungan lebih kecil melibatkan hanya tanah
melayu dan Singapura turut diutarakan 
beberapa kali,terutama oleh Ketua Menteri Kedua,
Lim yew Hock.
Lee Kuan Yew pernah mengetengahkan hasrat Singapura
dan Tanah Melayu untuk   bergabung tetapi idea ini tidak 
dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman kerana gabungan
tersebut menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan
penduduk.Ini kerana akan melibatkan ancaman kepada
politik tanah melayu kerana jumlah besar masyarakat Cina diSingapura boleh menggugat majoriti Melayu.



1.2 Faktor-faktor Penubuhan Malaysia
Idea penubuhan Malaysia bukan sahaja untuk membentuk 
sebuah negara yang lebih besar.Tunku Abdul Rahman juga
 mengambil kira banyak faktor dalam pemilihan wilayah-wilayah terbabit.Beliau juga mempertimbangkan kesan akibat pembentukan Malaysia antaranya :

1. Faktor Politik

  • Mengelak ancaman komunis.

Penubuhan Malaysia akan menyekat ancaman komunis. Pada tahun-tahun 1960-an pengaruh komunis semakin berkembang di Singapura dan di wilayah-wilayah Borneo. Keadaan ini telah membangkitkan kebimbingan yang serius kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan juga Kerajaan Singapura. Bagi menyekat perkembangan ideologi komunis di Asia Tenggara serta menjamin kestabilan politik di kawasan serantau, Kerajaan British dan Amerika Syarikat menyokong penuh penubuhan Malaysia.


  • Memberi kemerdekaan kepada Sabah,Sarawak,Singapura dan Brunei.

Pembentukan Persekutuan Malaysia dapat mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Sabah, Sarawak  dan Brunei dari jajahan British.

2. Faktor Ekonomi 
Perkongsian Faedah Ekonomi.


Melalui penggabungan wilayah-wilayah akan wujudnya kerjasama ekonomi dan 
perdagangan untuk faedah bersama.Tunku Abdul Rahman 
berpendapat pembentukan Malaysia akan dapat membantu 
mempertingkatkan pembangunan ekonomi terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonomi.Tanah Melayu,
Singapura dan Brunei pula akan menjadi penyumbang 
kepada negeri-negeri berkenaan kerana Tanah Melayu kaya dengan 
sumber bahan mentah seperti bijih timah, manakala Brunei
kaya dengan sumber minyaknya.Pelabuhan Singapura pula akan lebih selamat sekiranya menyertai persekutuan 
malaysia.Secara tidak langsung wilayah-wilayah yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantuwilayah-wilayah anggota yang masih belum membangun.

3.Faktor Sosial
    Keseimbangan Kaum 

Penubuhan Malaysia adalah untuk mengimbangkan jumlah 
dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota.Inidapat dilakukan dengan kemasukan sabah,Sarawak dan 
Brunei ke dalam gabungan itu.Jika Tanah Melayu dan 
Singapura sahaja bercantum hal ini akan menghilangkan 
majoriti penduduk Melayu kerana Singapura mempunyai 
80% penduduk bukan Melayu dan apabila bercantum 
dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu penduduk 
melayu akan menjadi golongan terbesar,Pencanuman antaraTanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menjadiakn 
peratus masyarakat Cina menjadi 43.5% sementara orang 
melayu menjadi 43%.Justeru apabila penduduk Sabah dan
Sarawak bergabung kaum Bumiputera termasuk orang 
melayu akan menjadi 46.3% sementara orang Cina pula 
akan menjadi 42.4%.Ini bagi menjamin kedudukan orang 
Melayu. Kemasukan Sabah dan Sarawak pula membolehkankumpulan orang Melayu dan Bumiputera kekal sebagai 
kumpulan terbesar.



No comments:

Post a Comment