KESAN PENUBUHAN MALAYSIA HINGGA KINI


4.1 PENYATUAN ANTARA KAUM




Antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia
                            

Jika kita lihat negara Malaysia pada zaman kini, perpaduan antara kaum semakin baik. Tidak mengira agama, bangsa dan etnik kita tetap tinggal di dalam sebuah negara yang sama iaitu Malaysia dengan aman dan damai. Ini kerana, pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu yang bertungkus lumus cuba untuk menyatukan bangsa melayu, india dan cina. Dengan pelbagai halangan dan dugaan yang dihadapi akhirnya Malaysia makmur dan kita harus bangga kerana dapat mengekalkan keamanan ini.


Konsep 1Malaysia yang diasaskan oleh Perdana Menteri kita sekarang iaitu, Dato' Seri Najib bin Haji Abdul Razak. Tujuan konsep 1 Malaysia ini ditubuhkan kerana untuk mewujudkan masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan perlembagaan negara dan Rukun Negara. Selain itu, ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa. Kemajuan dari segi perpaduan yang ditunjukkan oleh sikap masyarakat malaysia sekarang oleh kita banggakan. Kita saling menghormati agama dan bangsa lain.




Tragedi 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihan raya yang menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen pilihan raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada pasti pembangkang, telah membangkit soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan,kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan orang bukan melayu.Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Tragedi 13 Mei 1969 ini memberi pengajaran kepada kita dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk menjadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalani hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain.Kesedaran penting di kalanan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati, bertolak ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat sifat terkeji,beriri hati dan menanam sifat curiga antara kaum.

Kita sebagai rakyat Malaysia harus mengambil iktibar dari tragedi 13 Mei ini. Walau apa sekali pun yang terjadi, jalan yang terbaik adalah berbincang dengan aman. 





Perpaduan sangat penting dalam menjamin keharmonian negara. Jika perpaduan ini tidak dibina dari dahulu negara kita sekarang mungkin tidak akan aman seperti sekarang. Selain itu, rakyat Malaysia juga membina perpaduan melalui pelbagai aktiviti. Antaranya ialah, program-program yang dianjurkan oleh kerajaan seperti senaman 1 Malaysia dan sebagainya. Melalui program ini, kita dapat mengeratkan lagi hubungan perpaduan antara kaum. 

Pihak kerajaan dan pihak bukan kerajaan perlu aktif untuk menganjurkan program yang berkaitan dengan perpaduan kaum. Dengan wujudnya program-program seperti ini, makin eratlah perpaduan yang kita akan bina. 

Kesimpulannya, penyatuan antara kaum yang kita bina ini bukan hanya bergantung pada pihak kerajaan sahaja malah ia berkaitan dengan diri kita. Jika kita tidak menghoramati bangsa lain, jangan meletakkan harapan yang kaum lain akan menghormati kita. Semuanya terletak dia atas diri sendiri. Harapan agar perpaduan di Malaysia ini akan terus aman dan makin erat. Melayu, India, Cina dan kaum kaum lain yang ada di Malaysia ini bersatu dalam memajukan negara dari pelbagai sektor. 



4.2 PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK





Negara Malaysia didiami oleh pelbagai bangsa dan etnik dari Perlis hingga Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wajud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke18 dan ke-19,masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, Semenanjung tanah Melayu ketika itu didiami oleh Orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk. 


Masyarakat majmuk menyebabkan Malaysia mempunyai pelbagai budaya, etnik, kepercayaan dan cara hidup. Masyarakat majmuk wujudnya persamaan dan perbezaan yang perlu difahami dengan betul. Contohnya adalah seperti hak-hak mereka sebagai warganegara, rakyat malaysia, perkongsian lambang-lambang negara dan sebagainya. Manakala perbezaan pula mengajak setiap kaum agar menghormati perbezaan antara kaum bagi mengeratkan hubungan antara mereka.



Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini tarikan masyarakat luar.

1 comment:

  1. MGM Grand Las Vegas Hotel and Casino - MapYRO
    Find MGM Grand Las 공주 출장마사지 Vegas Hotel and Casino in 세종특별자치 출장샵 Las Vegas, NV, United 경상남도 출장마사지 States - Find map. MGM Grand is a 안양 출장샵 hotel and casino located on 서울특별 출장안마 the Strip in the

    ReplyDelete