PROSES-PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA



Tunku Abdul Rahman

Pada 31 Ogos 1957, Perseketuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankanpercantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. 


3.1 JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (JPPM)

Pada bulan Julai 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PPK) Cawangan Tanah Melayu dan Borneo diadakan di Singapura. Semasa mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah mengambil peluang untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir ke mesyuarat tersebut. Penerangan ini didapati telah mengurangkan salah faham, terutama dalam kalangan pemimpin tiga wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia.

Kesan daripada persefahaman ini, mesyuarat telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Persekutuan Malaysia. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil daripada semua wilayah yang terlibat dalam pembentukan sementara Donald Stephens dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut. Namun perwakilan Brunei, menganggap diri mereka hanya sebagai pemerhati kerana ketidaksediaan Brunei menyertai gabungan. 

Secara amnya, jawatankuasa ini berfungsi menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai, khusunya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Oleh itu, jawatankuasa akan mengumpul dan membandingkan idea-idea serta pendapat yang dikemukakan berhubung Malaysia. Keterangan-keterangan dan perbincangan akan dilaksanakan dengan lebih giat untuk menyegerakan cadangan rancangan pembentukan Malaysia.

Selain itu, jawatankuasa juga seboleh mungkin berusaha mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit. Semenjak pembentukan jawatankuasa tersebut, mereka telah mengadakan perjumapaan sebanyak empat kali, iaitu pertama di Jasselton (Kota Kinabalu sekarang) pada 21 Ogos 1961, kedua di Kuching pada 18 Disember 1961, ketiga di Kuala Lumpur pada 6 Januari 1962 dan keempat di Singapura pada 1 Februari 1962.

Dalam mesyuarat antara jawantankuasa dan usaha-usaha yang dilaksanakan, ramai tokoh dari Tanah Melayu dan Singapura seperti Tunku Abdul Rahman, Ismail Yusof, Dato Ong Yoke Lim dan Lee Kuan Yew memainkan peranan yang sangat penting. Perjumpaan-perjumpaan yang mereka adakan 






3.2 SURUHANJAYA COBBOLD





Suruhanjaya penyiasat Borneo Utara atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan selepas satu rundingan di buat antara kerajaan persekutuan tanah Melayu dengan kerajaan British pada bulan November 1961.
Suruhanjaya ini dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962.

Suruhanjaya ini dipanggil Suruhanjaya Cobbold sempena nama ketuanya iaitu Lord Cobbold. Ahli ahli suruhanjaya ini terdiri daripada Lord Cobbold(bekas gabenor bank England),Anthony Bell dan David Waterson mewakili kerajaan British. Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd Ghazali Shafie mewakili kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju memasukkan Borneo Utara dan Sarawak bersama dengan lain lain negeri ke dalam Persekutuan Malaysia.

Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold ialah untuk

  • menyiasat fikiran rakyat Borneo utara dan Sarawak berkenaan hal ini.
  • membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu.


Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula 19 Februari 1962 dan berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh dua bulan ini, Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan di 35 buah tempat iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah.

Suruhanjaya ini juga mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka semasa menjalankan tugasnya, Suruhanjaya ini telah menerima lebih darpada 2000 memorandum yang dikemukakan sama ada lembaga bandaran,ketua ketua kaum,Majlis Daerah,parti parti politik,persatuan persatuan,Dewan perdagangan dan pemimpin pemimpin agama

Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian mengemukakan sebuah laporan kepada kerajaan British pada bulan Jun 1962.
Lebih kurang 80% daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan ini dan sebahagian besar daripada mereka ialah kaum bumiputera.

Secara Keseluruhannya,bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada 3 iaitu:

  • 1/3 daripada dua negeri ini menyokong penih penggabungan tanda syarat
  •  1/3 lagi turut menyokong tetapi dengan syarat syarat dan jaminan tertentu.
  • 1/3 lagi sebahagiannya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung,manakala sebahagian lagi menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan British






3.3 JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN(JAK)


Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak memuaskan tugas untuk merangka syarat-syarat Persekutuan terperinci telah dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK) yang diketuai oleh Lord Landowse yang bertindak sebagai pengerusi Tun Abdul Razak.

Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas pada 9 Julai 1993. 

Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah 

  1. Agama Islam dijadikan agama persekutuan Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak
  2. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam perkara perkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.
  3. Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing masing walaupun dibawah kawalan kerajaan pusat.Tujuannya adalah untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu bukanlah untuk menjajah negeri tersebut.
  4. Sistem pendidikan masij dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuatn pindaan
  5. Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen,manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi



3.4 REFERENDUM SINGAPURA


Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura .Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum sebgai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Pungutan suara bukan bertujuan membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia,tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka tertentu.


Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin akan Malaysia cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambil kira .

Dalam pungutan suara ini,rakyat Singapura diberi tiga pilihan iaitu:

  1. Pilihan A-rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syaray yang ditetapkan oleh kerjaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui kertas putih pada bulan November 1961(mendapat 397626 undi)
  2. Pilihan B-Rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain dalam Persekutuan Tanah Melayu.(9442 undi)
  3. Pilihan C-Rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama yang diperoleh oleh wilayah wilayah Borneo (144077 undi)

Sosialis dan pihak komunis yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong.Namuh referendum menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia .

Penganalisis sejarah mendakwa bahawa sokongan Singapura disebabkan kejayaan kerajaan PAP meyakinkan rakyat bahawa tiada kemungkinan taraf kerakyatan mereka akan dilucutkan dengan penggabungan ,perdagangan antarabangsa Singapura mungkin merosot jika mereka tidak bergabung dan ancaman komunis tidak akan dapat dibendung.

Secara Keseluruhannya, keputusan menunjukkan rakyat Singapura bersetuju menyertai Malaysia dengan memilih syarat A. Iaitu pilihan yang dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri.







4 comments: