REAKSI NEGARA NEGARA YANG TERLIBAT KETIKA PEMBENTUKAN MALAYSIA

2.1 SARAWAK             
                     
KETUA MENTERI PERTAMA SARAWAK

  Pada peringkat awal, banyak penentangan kerana mereka melihat tiada faedah yang ekonomi serta merta yang diperolehi daripada pencatuman ini. Parti Negara Sarawak (PANAS) yang diketuai oleh Temenggung Jugah, Parti Rakyat Bersatu Sarawak/Sarawak United People’s Party (SUPP) secara jelas menentang cadangan ini. SUPP terbuka kepada pelbagai kaum tetapi ahlinya terdiri dari kaum cina . SUPP diketuai oleh Ong Kee Hui. Selain itu, parti SNAP dianggotai oleh orang iban dan dketuai oleh Stephen Kalong Ningkar yang turut menentang pembentukan Malaysia. Namun ada yang menyokong pembentukan Malaysia iaitu Barisan Besar Rakyat Jati Sarawak(BERJASA).
   Namun penentangan yang disuarakan tidak lah terlalu menekankan Tunku Abdul Rahman kerana kebanyakannya pihak lebih cenderung untuk memperolehi kemerdekaaan tersendiri sebelum membentuk penggabungan dengan Malaysia

2.2 SABAH (BORNEO UTARA)

Fuad Stephens
Di Sabah juga banyak penentangan pada peringkat awal sehingga wujudnya beberapa buah parti politik yang melaungkan pendapat pada sentiment anti –Malaysia namunpada masa yang sama, terdapat juga sentiment pro Malaysia. Pada bulan Ogos 1961 parti politik yang pertama telah diwujudkan dalam kalangan kaum kadazan, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Sabah oleh Donald Stephens. Parti ini menentang Pembentukan Malaysia, malah berjuang untuk kemerdekaan.


Kaum Murut di Sabah menubuhkan Parti yang bergelar Pasok Momogun Kebangsaan Borneo pada bulan Jun 1962.Manakala pada bulan Julai 1962, semasa persidangan Majlis Undangan Brunei, majlis ini menyatakan persetujuan mereka terhadap pembentukan Malaysia.



A.M Azahari penentangan yang hebat dari Parti Rakyat Brunei. A.M Azahari pada amnya lebih berminat

terhadap cadangan penyatuan Borneo Utara  yang melibatkan Brunei,Sabah dan Sarawak yang dipanggil kerajaan Kalimantan Utara. Malahan A.M Azahari berpendapat bahawa  pembentukan Malaysia  merupakan cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya di wilayah wilayah yang pernah dijajah oleh mereka supaya menjamin keselamatan dan penguasaan ekonomi mereka. Namun mereka juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaannya apabila menyertai gabungan tersebut.


2.4 SINGAPURA


 Penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia. Pada masa itu Singapura dipimpin oleh Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat(PAP) menyambut baik rancangan TAR. Pada dasarnya Parti Buruh Singapura bersetuju dari segi prinsip akan tetapi mengaggapnya sebagai suatu perkara yang sukar untuk dilakukan. Selain itu mereka dapat menyelamatkan PAP daripada ancaman pihak kiri.

Parti Rakyat Singapura/United People's Party(UPP) menentang kuat gagasan Malaysia yang menyatakan rancangan TAR sebagai satu rancangan British untuk mengekalkan pengaruhnya. Parti Buruh dalam satu pilihan raya kecil di Hong Lim dan Anson pada bulan April 1961. Lee Kuan Yew bersetuju memasuki Persekutuan Malaysia walaupun tidak dipersetujui oleh sesetengah pihak yang berhaluan kiri dan tetap dengan pendirian mereka untuk menentang gagasan Malaysia.


2.3 INDONESIA

                                          

   Selain cabaran yang datang dari wilayah wilayah yang terbabit dengan pembentukan Malaysia, TAR perlu berhadapan dengan negara negara jiran yang turut menentang penubuhan Malaysia. Menteri luar iaitu Dr Subandrio pernah menyatakan dalam akhbar New York Times pada 13 Nov 1961 bahawa Indonesia tidak menghalang penbuhan akan tetapi sokongan ini tidak lama.


Jeneral Suharto
Beberapa faktor yang mencetuskan penentangan ini yang pertama, Sukarno berasa TAR membelakangi jirannya yang terbesar apabila membuat pengumuman tanpa berunding dengannya. Selain itu, penubuhan Malaysia dipercayai bahawa menggagalkan rancangan Sukarno untuk menubuhkan empayar Indonesia Raya(Melayu Raya).

Ini menyebabkan penglibatannya tentera Indonesia dan bertindak menyerang wilayah wilayah di sempadan Sabah dan Sarawak. Malah sekumpulan tentera didapati dihantar ke patai barat Johor atas tujuan pengintipan. Disebabkan itu, Persekutuan Tanah Melayu telah mengambil langkah bagi mengatasi masalah tersebut, misalnya menubuhkan MAPHILINDO. Walaupun Malaysia dibentuk, negara Indonesia tetap menentang.

Penentangan Indonesia berakhir pada tahun 1965 apabila Sukarno digulingkan oleh Jeneral Suharto. Pada bulan Ogos 1965, Menteri Luar Indonesia yang baharu Adam Malik menandatangani perjanjian damai bagi mengakhiri konfrontasi tersebut.


2.4 FILIPHINA



Presiden Macapagal dan pegawai pegawai tinggi kerajaan menuntut hak Filiphina ke atas Sabah dan juga pernah menuntut British supaya Sabah dikembalikan melalui surat rasmi bertarikh 22 Jun 1962. Hal ini disebabkan mereka menyatakan bahwa Sabah pernah terletak di bawah Kesultanan Sulu(sebahagian dari Filiphina) Namun British tidak melayan tuntutan tersebut dan mengingatkan dalam memorandumnya kepada duta Filiphina di London 24 Mei 1963 bahawa sebarang tuntutan ke atas Sabah sama ada daripada Filiphina atau orang lain akan ditentang oleh British.

Presiden Macapagal telah membuat kecaman secara terbuka terhadap penubuhan Malaysia semasa kongres Filiphina 28 Jan 1963. Hal ini juga memyebabkan hubungan diplomatik antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Filiphina terjejas. Selepas penubuhan Malaysia, Filiphina tetap meneruskan tuntutan namun tuntutan tersebut gagal kerana tinjauan dan siasatan membuktikan penduduk Sabah sendiri dengan rela hati menyertai pembentukan Malaysia.


2.5 ISU BRUNEI

Sultan Omar Ali Saifuddin     
  Pada peringkat awal, sultan Omar Ali Saifuddin bersetuju dengan kemasukkan Brunei ke dalam persekutuan Tanah Melayu namun Baginda telah membuat keputusan untuk membatalkan rancangan untuk menyertai Malaysia. Perkara ini disebabkan beberapa perkera kerana tidak dipersetujui iaitu :

  • Menuntut 10 buah kerusi berparlimen
  • Menguasai semua hasil minyak
  • Memegang autonomi hal hal kewangan pada peringkat awal
  • Mengekalkan semua pelaburannya 
  • Mengekalkan kadar cukai yang rendah
  • Meneruskan program pendidikan dan kebajikan 
  • Menuntut keselamatan Brunei dalam Malaysia terjamin
  • Meminta agar kekuasaan Sultan Brunei dalam Majlis Raja raja dikira tarikh Baginda menjadi sultan dan bukannya dari tarikh kemasukan Brunei ke dalam Malaysia 
 Namun tuntutan yang paling utama ialah soal kekuasaan baginda dan soal penguasaan ke atas hasil minyak negerinya. TAR telah mempersetujui semua perkara yang dintayakan oleh Baginda namun Baginda telah mengambil keputusan untuk tidak menandatangani persetujuan. Selain sultan Brunei, A.M Azahari juga menghantar satu memorandum kepada Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei bagi menyatakan bantahan Parti Rakyat Brunei.

British didapati menangguhkan perbincangan memorandum dan telah mmbangkitkan kemarahan Parti Rakyat Brunei.

Ia telah mencetuskan pemberontakan bersenjata pada 8 Dis 1962 terhadap kerajaan Brunei sendiri supaya menolak penyertaan mereka. Dalam pada masa itu, Indonesia secara terang menyokng tindakan Parti Rakyat Brunei dan mendapat bantuan Parti Komunis Indonesia(PKI). Namun perkara ini menyebabkan TAR berpendapat kemasukan Brunei  boleh menimbulkan pelbagai masalah politik dan penyertaan Brunei untuk memasuki Malaysia dibatalkan.


2.6 PENYINGKIRAN SINGAPURA

Lee Kuan Yew telah menegaskan sebelumpembentukan Malaysia bahawa walaupun Singapura bersetuju menyertai Malaysia, namun hal hal yang terkandung dalam percantuman tersebut mesti ditentukan bersama rakyat Singapura. Pada 23 Ogos 1961, mesyuarat rasmi telah diadakan antara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu dan mencapai persetujuan atas beberapa perkara.

Soal pendidikan dan tenaga buruh adalah dibawah bidang kuasa Singapura sendiri. Kertas putih juga diisytiharkan secara rasmi pada Nov 1962. Selain itu,perwakilan Singapura yang masuk kedalam dewan Senat ditetapkan pada 15 orang.


Rusuhan pada Julai 1964
Ketika Singapura berada dalam Malaysia , banyak perselisihan faham telah timbul. Antara isu yang ditimbulkan ialah soal ekonomi, parti dan perkauman. Bagi aspek ekonomi Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah bersepakat untuk memajukan sektor perindustrian dan perkilangan bersama. Barang barang yang dihasilkan digunakan dalam negeri dan bukan dieksport ke luar negara. keuntungan yang diperolehi akan dikongsi bersama. Malangnya apabila Malaysia ditubuhkan, tidak banyak kemajuan ekonomi yang dicapai dan perkara ini telah megecewakan Singapura.

 Dalam soal parti dan perkauman pula Parti Tindakan Rakyat yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew cuba bertanding dengan PERIKATAN di bawah pimpinan TAR. PAP cuba untuk menarik perhatian orang cina baha MCA tidak mampu untuk membangunkan dan memajukan oang cina. PAP telah menjalankan satu kempen dan PAP dianggap sebagai satu pencerobohan keatas hak istimewa orang Melayu. Selain itu, PAP seakan lupa pengorbanan orang Melayu yang selama ini sanggup berkongsi kuasa dengan orang bukan Melayu serta telah mencetuskan rusuhan 21 Julai 1964. Keadaan
bertambah teruk apabila Singapura memperjuangkan persamaan hak dan kempen 'Malaysia Untuk Orang Malaysia' yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew.

Singapura juga telah membentuk United Oppositon Front yang kuat untuk memperjuangkan konsep persamaan hak dan 'Malaysia untuk Orang Malaysia' supaya dapat merealisasikan hasrat ini. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh TAR untuk meredakan keadaan tapi malangnya tidak berjaya. Dan akhirnya bulan Ogos 1965, Singapura telah mengambil keputusan untuk keluar dari Malaysia.



No comments:

Post a Comment